Wednesday, 1 February 2012

PUASA

Pengertian Puasa:
Menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

Hukumnya:
Wajib bagi semua orang Islam,Orang yang meninggalkan puasa akan mendapat dosa.
Firman Allah:
Wahai orang-orang beriman ,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahuludaripada kamu sampai kamu bertaqwa.

Syarat Wajib:
1-Islam: bukan orang kafir
2-Balingh: kanak-kanak tidak wajib
3-Berakal: orang gila,mabuk dan pengsan tidak wajib.
4-Mampu berpuasa:orang terlalu tua dan sakit yang memudaratkan
5-Suci daripada haid dan nifas
6-Bermukim :musafir tidak diwajibkan.


Rukun Puasa:
1-Orang yang berpuasa
2-Niat
3-Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara sunat :
-makan sahur
-mula berbuka dengan makanan yang manis seperti kurma
-banyakkan membaca al-Quran
-solat sunat terawikh
-lambatkan makan sahur
-segera berbuka puasa
-banyakkan bersedekah
-membaca doa ketika berbuka puasa.

Perkara malruh ketika  puasa:
- bercakap perkara haram seperti mengumpat,memaki hamun dan lain-lain.
-berbuka puasa atau bersahur dengan makanan yang haram
-membuang masa dengan perkara yang sia-sia seperti berbual kosong.
-Banyak berkumur-kumur.
-melihat perkara haram seperti melihat aurat,gambar lucah.
-menggosok gigi selepas gelincir matahari>
-mencium isteri atau suami
Berbekam atau mengambil darah.

Sunday, 29 January 2012

Solat Jamak

SOLAT JAMAK

Pengertian:
Dua solat fardhu yang dihimpunkan dalam satu waktu.

Hukumnya:
-bagi orang yang bermusafir adalah harus
-orang yang bermusafir boleh memilih sama ada untuk solat jamak ataupun secara sempurna.
-solat jamak bagi orang yang bermusafir adalah lebih afhdal.
Firman Allah s.w.t:
Dan apabila kamu bermusafir dimuka bumi maka tidak mengapa kamu mengqasarkan dari solat kamu.

Sebab-sebab yang diharuskan qasar:
-jarak perjalanan 2 marhalah (lebih kurang 90km)
-mengalami sakit yang berat seperti lumpuh.
-doktor yang menjalankan pembedahan ke atas pesakit.

Bahgian solat jamak ialah:
Jamak takdim(solat dalam waktu pertama)
Jamak takhir(solat dalam waktu kedua)

Solat yang boleh dijamakkan:
Zohor dan asar
Magrib dan isyak

Pengertian Solat Qasar
Memendekkan atau mengurangkan bilangan rakaat dari 4 kepada 2 rakaat.

Hukumnya:
-bagi orang yang bermusafir adalah harus
-orang yang bermusafir boleh memilih sama ada untuk solat jamak ataupun secara sempurna.
-solat jamak bagi orang yang bermusafir adalah lebih afhdal.
Solat yang boleh diqasarkan:
Solat zohor
Solat asar
Solat isyak

Hikmah solat jamak dan qasar:
-memberi keringanan kepada umat Islam dalam menunaikan solat ketika dalam perjalanan@musafir
-tanda kasih Allah kepada umatnya.
-supaya seseorang dapat melaksanakan ibadah solat yang begitu penting dan tidak boleh ditinggalkan.

SOLAT SUNAT

PENGERTIAN SOLAT SUNAT

Solat sunat merupakan suatu amalan yang digalakkan tetapi tidak diwajibkan 
serta dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Bahagian Solat Sunat
1)Solat sunat yang disunatkan berjemaah
2)Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah

Contoh solat sunat yang disunatkan berjemaah:
1)solat hari raya aidilfitri
2)solat hari raya aidil adha(korban)
3)solat tarawih
4)Solat gerhana bulan atau matahari
5)Solat istisqa’(minta hujan)

Contoh solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah:
1)solat rawatib
2)solat witir
3)solat dhuha
4)solat hajat
5)solat taubat
6)solat tahjud
7)solat tasbih
8)solat istikhorah

Hikmah Melakukan Solat Sunat:
-dapat menyempurnakan atau menampal kekurangan semasa solat fardhu
-melatih manusia menjadi seorang yang ikhlas dalam beribadah.
-dapat mendisiplinkan diri.

SOLAT SUNAT DHUHA:
Pendapat ulama bahasa seperti al-Azhari Abu Haitham dan al-Asmu’i.
Maksud solat Dhuha itu ialah solat pada waktu matahari baru muncul atau terbit.
Hadith daripada Ibn Abbas r.a:
“pada setiap sendi-sendi anak adam, pada setiap hari mempunyai hak
 untuk bersedekah dan memadai yang demikian semuanya itu dengan dua rakaat Dhuha.
Fadhilat Solat Dhuha:
1)Dimurahkan rezeki
2)Diberikan pahala yang banyak
3)Dipelihara oleh Allah
4)Dihapuskan dosanya

Banyakkanlah Solat Dhuha nescahaya Allah akan menambahkan
 rezeki kita walaupun tidak kaya tetapi kita akan berasa cukup sentiasa,insyaAllah.