Wednesday, 1 February 2012

PUASA

Pengertian Puasa:
Menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

Hukumnya:
Wajib bagi semua orang Islam,Orang yang meninggalkan puasa akan mendapat dosa.
Firman Allah:
Wahai orang-orang beriman ,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahuludaripada kamu sampai kamu bertaqwa.

Syarat Wajib:
1-Islam: bukan orang kafir
2-Balingh: kanak-kanak tidak wajib
3-Berakal: orang gila,mabuk dan pengsan tidak wajib.
4-Mampu berpuasa:orang terlalu tua dan sakit yang memudaratkan
5-Suci daripada haid dan nifas
6-Bermukim :musafir tidak diwajibkan.


Rukun Puasa:
1-Orang yang berpuasa
2-Niat
3-Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara sunat :
-makan sahur
-mula berbuka dengan makanan yang manis seperti kurma
-banyakkan membaca al-Quran
-solat sunat terawikh
-lambatkan makan sahur
-segera berbuka puasa
-banyakkan bersedekah
-membaca doa ketika berbuka puasa.

Perkara malruh ketika  puasa:
- bercakap perkara haram seperti mengumpat,memaki hamun dan lain-lain.
-berbuka puasa atau bersahur dengan makanan yang haram
-membuang masa dengan perkara yang sia-sia seperti berbual kosong.
-Banyak berkumur-kumur.
-melihat perkara haram seperti melihat aurat,gambar lucah.
-menggosok gigi selepas gelincir matahari>
-mencium isteri atau suami
Berbekam atau mengambil darah.

No comments:

Post a Comment