Sunday, 29 January 2012

SOLAT SUNAT

PENGERTIAN SOLAT SUNAT

Solat sunat merupakan suatu amalan yang digalakkan tetapi tidak diwajibkan 
serta dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Bahagian Solat Sunat
1)Solat sunat yang disunatkan berjemaah
2)Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah

Contoh solat sunat yang disunatkan berjemaah:
1)solat hari raya aidilfitri
2)solat hari raya aidil adha(korban)
3)solat tarawih
4)Solat gerhana bulan atau matahari
5)Solat istisqa’(minta hujan)

Contoh solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah:
1)solat rawatib
2)solat witir
3)solat dhuha
4)solat hajat
5)solat taubat
6)solat tahjud
7)solat tasbih
8)solat istikhorah

Hikmah Melakukan Solat Sunat:
-dapat menyempurnakan atau menampal kekurangan semasa solat fardhu
-melatih manusia menjadi seorang yang ikhlas dalam beribadah.
-dapat mendisiplinkan diri.

SOLAT SUNAT DHUHA:
Pendapat ulama bahasa seperti al-Azhari Abu Haitham dan al-Asmu’i.
Maksud solat Dhuha itu ialah solat pada waktu matahari baru muncul atau terbit.
Hadith daripada Ibn Abbas r.a:
“pada setiap sendi-sendi anak adam, pada setiap hari mempunyai hak
 untuk bersedekah dan memadai yang demikian semuanya itu dengan dua rakaat Dhuha.
Fadhilat Solat Dhuha:
1)Dimurahkan rezeki
2)Diberikan pahala yang banyak
3)Dipelihara oleh Allah
4)Dihapuskan dosanya

Banyakkanlah Solat Dhuha nescahaya Allah akan menambahkan
 rezeki kita walaupun tidak kaya tetapi kita akan berasa cukup sentiasa,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment